Bahasa Melayu pada Batu-Batu Bersurat Abad Ketujuh
- Dijumpai sejak 450 Masihi, iaitu yang dijumpai di kaki gunung dekat Bogor dan di daerah Tanjung Periuk dekat Jakarta.
- Tulisan tersebut ialah Bahasa Jawa Kuno dan Sanskrit.
- Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu ialah pada akhir abad ketujuh.
- Antara batu bersurat yang penting ialah :-
i) di Kedukan Bukit, Palembang (683M)
ii) di Talang Tuwo, Palembang (684M)
iii) di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M)
iv) di Karang Brahi,Meringin, daerah hulu Jambi (686M)
Antara contoh tulisan batu yang tertua yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang :-
Swasti Shri
Shakawarsatita 605 ekadashi
Shuklapaksa wulan Waishakha dapunta
Hiyang naik disambau mangalap siddhayatra
Di Saptami Shuklapaksa Wulan
Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan (Tamvar?)
Kesimpulan
1) Bahasa Melayu Kuno memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata pinjaman.
2) Dari segi sistem tulisan, kelihatan beberpaa sifat yang menarik dalam bentuk perkataan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Kebangsaan Diploma Qiraat & Tarannum
Friday, 8 September 2017
Sunday, 2 July 2017
Bahasa Melayu Kuno
- Mengikut kenyataan di atas , bahawa bahasa Melayu mempunyai 200
bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia.
-
Bilangan penutur asalnya sederhana iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung
Tanah Melayu, kepulauan Riau, dan di Sumatera.
-
Mengikut sejarah bahasa Melayu menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) di
daerah kepulauan Melayu sejak dahulu.
-
Bahasa ini dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal
di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti
pedagang-pedagang dan pengembara dari Eropah,Asia Barat , India dan China.
-
Bahan-bahan sejarah menceritakan kemunculan beberapa buah kerajaan penting,
terutama kerajaan-kerajaan Hindu, sejak dari abad pertama tahun Masihi.
-
Dengan pengaruh India, terutamanya agama Hindu, maka bahasa Sanskrit , iaitu
bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya.
-
Mengikut Ismail Hussein (1966: 10-11), “melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa
Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak
rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan
pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menya
Saturday, 1 July 2017
Sejarah
•Akibat pemisahan dua kawasan Kepulauan Melayu ini , penduduk
Indonesia terutamanya dari pulau Jawa terus berhijrah dan menetap di
Malaysia.
•Faktor ini merupakan unsur penting dalam sejarah perkembangan masyarakat majmuk di Semenanjung
Malaysia.
Sejarah
•Pada awalnya, penduduk pribumi Kepulauan Melayu adalah nelayan dan pelaut yang
sentiasa berhijrah dari satu tempat ke satu tempat lain
di persekitaran gugusan Kepulauan Melayu.
•Semasa penjajahan berlaku , pihak penjajah telah membahagi dua Kepulauan Melayu dengan menjadi negeri/negara sebagai gantinya.
Subscribe to:
Comments (Atom)