- Mengikut kenyataan di atas , bahawa bahasa Melayu mempunyai 200
bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia.
-
Bilangan penutur asalnya sederhana iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung
Tanah Melayu, kepulauan Riau, dan di Sumatera.
-
Mengikut sejarah bahasa Melayu menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) di
daerah kepulauan Melayu sejak dahulu.
-
Bahasa ini dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal
di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti
pedagang-pedagang dan pengembara dari Eropah,Asia Barat , India dan China.
-
Bahan-bahan sejarah menceritakan kemunculan beberapa buah kerajaan penting,
terutama kerajaan-kerajaan Hindu, sejak dari abad pertama tahun Masihi.
-
Dengan pengaruh India, terutamanya agama Hindu, maka bahasa Sanskrit , iaitu
bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya.
-
Mengikut Ismail Hussein (1966: 10-11), “melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa
Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak
rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan
pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menya
No comments:
Post a Comment