Sunday, 2 July 2017

Bahasa Melayu Kuno

- Mengikut kenyataan di atas , bahawa bahasa Melayu mempunyai 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia.
- Bilangan penutur asalnya sederhana iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau, dan di Sumatera.
- Mengikut sejarah bahasa Melayu menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) di daerah kepulauan Melayu sejak dahulu.
- Bahasa ini dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti pedagang-pedagang dan pengembara dari Eropah,Asia Barat , India dan China.
- Bahan-bahan sejarah menceritakan kemunculan beberapa buah kerajaan penting, terutama kerajaan-kerajaan Hindu, sejak dari abad pertama tahun Masihi.
- Dengan pengaruh India, terutamanya agama Hindu, maka bahasa Sanskrit , iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya.
- Mengikut Ismail Hussein (1966: 10-11), “melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menya

Saturday, 1 July 2017

Sejarah

Akibat pemisahan dua kawasan Kepulauan Melayu ini , penduduk Indonesia terutamanya dari pulau Jawa terus berhijrah dan menetap di Malaysia.

Faktor ini merupakan unsur penting dalam sejarah perkembangan masyarakat majmuk di Semenanjung Malaysia.

Sejarah

Pada awalnya, penduduk pribumi Kepulauan Melayu adalah nelayan dan pelaut yang sentiasa berhijrah dari satu tempat ke satu tempat lain di persekitaran gugusan Kepulauan Melayu.

Semasa penjajahan berlaku , pihak penjajah telah membahagi dua Kepulauan Melayu dengan menjadi negeri/negara sebagai gantinya.
Masyarakat Malaysia

Tiga kumpulan kaum utama di Malaysia :-
    1) Melayu
    2) Cina
    3) India           

Terdapat juga kaum minoriti di Malaysia ialah orang Asli, Punjabi , Serani dan lain-lain.